The Clarity

Le Wallflower

Hello fellas. I'm Farahana Roshdi. The owner of this blog. Talk to me, I don't bite :)

Entries About Link Tuto

Talk To Me



Sing A-long

 

Credits

Template: Aina Syaza
Editor: Nurul AtiQah
Owner: Farahana
Others:   
Secebis Memori


Memories



Assalamualaikum dan selamat malam :)

Akhirnya, dapat jugak bukak blog aku ni selepas beberapa hari aku takdak mood nak bukak sebab kemalasan melanda diri, selalunya on laptop untuk settle hal hal penting atau tengok EXO atau k-drama atau movies ja. Aku bukannya apa, cuma malas nak menaip sebab takdak story apa sangat pun. This time just want to share some of my memories je. Hehehe lagipun aku nak guna line student yang free je, dalam bilik boleh dapat cuma slow and always kena duduk atas katil aku yang tingkat atas tu, baru line okay. Haish tak rajin aku.

Actually kali ni aku nak buat luahan perasaan sikit, well benda ni dah lama aku pendam, cerita kat kawan kawan rapat aku but for this time I've decided to let it go. Lambat atau cepat orang akan tau jugak hal ni. Hal yang pernah buat aku tersenyum bahagia waktu dulu and sekarang sometime buat aku sedih bila teringat balik. Kenangan. Manusia takkan pernah lari daripada kenangan sebab kenangan tetap akan jadi kenangan even seseorang tu dah berubah. Kan? Tu yang aku rasa sekarang, seorang diri. Aku dalam proses untuk lupakan dia walaupun aku tau, aku tak mampu sebab tempat dia selalu disitu.. Macam mana aku nak lupakan dia kalau aku sendiri yang taknak lepaskan dia dari hati aku? Dialah satu satunya orang yang aku biarkan masuk dalam hati aku dengan ikhlas sebab dia hormatkan aku. Kita cuma merancang tapi Allah dah tentukan apa yang terbaik untuk kita, dia terpaksa pergi and aku pun terpaksa lepaskan dia demi kebaikan aku dengan dia. Kalau kami masih bersama, I might poison him and so does him. Aku taknak jadi racun dia, so better aku step out from this kind of relationship, step out from his life forever.

Terlepas kasih manusia takpa, asalkan jangan terlepas kasih Allah. Kan? Kasih manusia masih ada pengganti yang terbaik untuk diri kita tapi kalau terlepas kasih Allah, ke nerakalah kita. Yea we're still friends tapi perasaan tu dah lain. Tak sama macam mula mula berkawan dulu, aku dengan dia awkward sangat sangat, malu sangat sangat. Well tambah pulak dengan lama tak jumpa, jadi macam tulah. Hahaha pity me. Sebelum sebelum ni aku cuba jugak nak berhubung dengan dia, sent messages through Wechat, he replied but he's the one who would end our conversation first. Selalunya aku ja yang tanya dia dulu, nampak macam aku jaa kan yang nak baik baik balik dengan dia. At last aku dah gave up, buat apa aku nak berbaik dengan orang yang tak sudi? It's better for us to stay afar, tak bertegur sapa langsung. Aku tau dia dah bahagia dengan hidup dia sekarang, dengan awek dia or orang baru. Alhamdulillah for him. Dan aku, tetap alone macam dulu, telan semua bittersweet memories yang sampai satu masa aku tak mampu nak tanggung, aku menangis masa berdoa supaya aku dapat lupakan dia.

Aku tak pernah sayang seseorang seikhlas ni tapi Allah tau apa yang terbaik untuk aku. Allah is and always the best planner for His slaves. Tapi seriously aku dah putus asa dan kecewa sangat sangat lepas semua benda ni berlaku. Aku rasa aku dah tak mampu nak sayang seseorang macam aku sayang dia lepas ni sebab aku fikir he's gonna be my last man, my first love. Biarlah orang nak cakap apa kat aku sebab aku yang rasa, bukan orang lain. Aku tak kisah. Tak mudah untuk aku sayang seseorang tapi bila aku dah sayang, jadi macam ni. Classmates aku pernah kata, mencintai tak semestinya memiliki. Biarlah aku sayangkan dia dalam diam, dari jauh sebab cara ni ja yang aku mampu buat. Orang dah tak sudi buat apa kita berterus terang lagi. Biarlah semua ni jadi pengajaran untuk aku supaya lebih matang untuk buat keputusan pada masa hadapan. Lagipun angah aku pun ada pesan, time tengah study kat U ni, kalau boleh jangan involve in this kind of relationship. Yea, maybe I loved him and so does him once ago but we're not couple. I think we can call it, platonic love.

Sem 1 sepatutnya kita semua kena skor DL tapi alhamdulillah aku still 3 above. Aku rasa terok sebab aku, dia tak capai 3 above. Sapa yang tak kecewa kan? Kalau aku, of courselah aku kecewa. Sem lepas, before final exam aku rasa depressed gila gila sebab total carried mark aku untuk subject Public Admin 102 aku dalam lowest rank, top 3 pulak tu. Sapa tak kecewa wei, orang lain semua 30 keatas, even kawan yang aku rapat, gila gila dengan aku dalam kelas pun 30 keatas. Time tu memang Allah saja yang tau macam mana perasaan aku. Even sir cakap 25 keatas dah selamat tapi aku still kecewa. Aku pun nak setanding dengan classmates aku. Last test punya result seriously aku paling rendah sebab aku tak sempat jawab, sepatutnya kena jawab 2 tapi sebab tak sempat jawab so aku jawab 1 ja. Mostly semua orang 40+ per 50, yang aku, 30+ per 50. Malam tu punyalah malu tengok markah aku sendiri. So malam tu aku confessed kat dia yang aku kena study hard sikit so tak boleh contact dia sangat. Aku cakap aku taknak drag him down dengan aku. Tapi dia cakap, aku takut aku yang drag dia atau dia yang drag aku down? Tapi, sebab rindu, hahaha rindu? Aku selalu jugak contact dia bila free, bila nak exam baru kalot nak study. What a wonderful memories :') bila ada gap between the exam week, we're going out with my friends. Time tu memang susah nak lupa bila keluar ramai ramai dengan roommates and his friend. But now, it's all bittersweet memories yang aku takkan dapat dah lepas ni. What's remained gone, let it gone. Don't try to start it again because that feelings won't be the same as before.

I do missed him but biar jelah aku sorang yang rindu dia, dia manalaa nak rindu rindu aku bagai ni. Dia dah ada someone special in his heart while me? I'm just in his past. Sometime aku harap jugak yang dia akan tegur aku and yeah he did it, sometimes :') Dulu aku tegur jugak dia tapi aku dah gave up and dah tak tegur dia, dia pulak yang tegur aku. What a nice one =,= bila aku dah putus asa, malas nak tegur, pandai pulak hang tegur aku kan. Stalat hang baru tau! Hahahaha and now alhamdulillah we're getting better, dah boleh melawak lawak tapi kalau ada others lah, kalau takdak sesapa, we're in awkward situation and keep quiet. Tegur pun malu malu ja and senyum, tu pun kalau sesama tertengok masing masing lah, kalau tak tengok muka straight ja, tak berani nak melawak.

Sekarang ni dah less awkward but I'm still put that boundaries sebab aku taknak dia tak selesa dengan aku. Remember dia cuma nak jadi kawan biasa aku so that feelings, please go away! Aku taknak dia baik baik dengan aku tapi aku dah fikir benda lain. Aku taknak, biarlah selama mana pun aku sayang dia, sanggup tunggu dia tapi kalau nak alami hubungan tu balik, in shaa Allah tak kot. Biarlah Allah tentukan segalanya sebab aku dah taknak kecewa lepas ni. 10 tahun lepas ni baru aku kahwin kot. Hehehehe. Buat pertama kalinya aku rasa aku ikhlas sayangkan seseorang sebab sebelum ni aku pernah jugak couple tapi takdaklaa rasa effect yang macam ni. Mungkin sebab dia hormatkan aku, hargai aku. Well, he's a good man with a good heart and a good son too. Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk dia, semoga dia bahagia dengan pilihan dia dan yang penting, dia tak lupakan aku, sebagai orang yang pernah bahagiakan dia walaupun sekejap :') Thanks for sharing your love with me bro :')

Okay, that's all. Sedih pun ada bila type semua ni sebab aku rasa aku dah lepas semuanya, aku dah taknak ingat semua benda ni, kenangan aku yang terindah masa sem 1. Thanks for everything ya Allah because let me met him even it just for awhile :')



Well written by,
Farahana Roshdi












Older Post | Newer Post